“Pada mulanya, saya tak percaya. ‘Mustahil 50% dalam 24 hari.’ Tapi kaedah ini mengubah segalanya. Ia tidak hanya mengajar; ia membuka pintu kefahaman yang saya tidak sangka. Kini, setiap kali saya buka Al-Quran, saya bukan lagi membaca tanpa jiwa, tetapi saya mencari maksud di sebalik setiap ayat. Rasa ingin tahu saya kini lebih kuat daripada rasa penat. Ia benar-benar keajaiban.”
— Faris, 38, Pegawai Eksekutif
Saya Nak Faham Al Quran dalam masa 24 hari
Apa yang anda akan dapat
e -BOOK TAQ
E-book 93 muka surat lengkap dengan senarai dan latihan ingatan untuk 24 hari . InsyaAllah selepas 24 hari mampu faham 50% perkataan dalam Al Quran
Buku Kerja
Latihan pengukuhan di laman web Akademi TAQ , Boleh dimuat turun dan dijadikan latih tubi bagi memastikan matlamat faham 50% Al Quran
24 Audio file
24 Audio MP3 file sebagai bahan pengukuhan tambahan untuk FAHAM 50% perkataan dalam Al Quran dalam masa 24 hari
Group WhatsApp
Penyertaan ke Private Whatsapp group, untuk bagi memastikan setiap orang dapat mencapai sasaran 50% makna perkataan dalam Al Quran
Apa Kata Pengguna?
Terbukti berkesan :

Mohd Saufi
Eksekutif
“Sangat Praktikal Ilmu tuan lain dari kebiasaan. Semoga rezeki tuan melimpah ruah.“

Puan Siti
Pengelola Tahfiz
“Tuan saya nak guna modul ini lagi tapi kali ini untuk pelajar Madrasah Tahfiz kami untuk belajar makna asas Al Quran. Berapa bayaran untuk 17 orang ye?”

Ustaz Ali Sobri
Guru Agama
“Bagus program ni senang kita nampak kalimah kalimah dalam Al Quran, memahirkan kita lagi”

Ummu Hannan
Ibu
“Saya dah siap habiskan seluruh program dalam masa dua hari sahaja”

Puan Zaini
Freelancer
“Sebak rasa selama ni hari-hari baca Quran tapi perlu tengok terjemahan “

Asnah Ahmad
Pesara
“Program ini buat semangat kita kuat untuk belajar dan faham Al Quran. Terimah kasih banyak-banyak “
Saya Nak Faham Al Quran dalam masa 24 hari
Teknik Transformasi Al Quran
Hanya perlukan komitmen minima selama 24 Hari.
15 Minit Sehari
Selama 24 Hari
Baca & Dengar Al Quran
Faham 50% Al Quran
Bukan Untuk Semua Orang?
E-Book Ini mengunakkan Teknik Pengajaran terkini, dan tidak sesuai untuk semua orang, Ia tidak sesuai untuk orang yang suka belajar dengar ceramah secara pasif. Ia hanya sesuai untuk mereka yang perlukan cara yang
CEPAT
RINGKAS
MUDAH
BERKESAN
BEBAS ISTILAH
PRAKTIKAL
SESUAI DENGAN GAYA HIDUP
Jangan Terkejut
Bila kita faham Al Quran keajaiban akan menjadi kelaziman
Solat Lebih Khusuk
.Oleh kerana kita faham, memang kita sentiasa menunggu untuk mendengar mesej dari Al Quran dan solat di belakang imam untuk mendengar apa yang Allah nak bagi tahu kita.
Quran Jadi Mentor
Yang ni Ajaib sikit! Bila kita ‘down’, tiba-tiba akan terjumpa atau terdengar ayat Quran yang menaikkan semangat. Terasa yang kadang kadang Al Quran yang mencari kita.
Berkat Masa
Kita selalu tak cukup masa untuk beribadah kerana kerja dunia perlu diuruskan dulu. Tapi bila dah faham Al Quran banyak pula masa terluang. Kerja kerja semua terurus dengan sendiri.
Masalah Selesai
Semua orang ada masalah. Kita tercari-cari penyelesaianTapi bila kita ada connection dengan Al Quran apapun masalah yang datang mudah ditangani. Kadang-kadang Allah hantar orang selesaikan untuk kita .
Dalam Masa 24 Hari Anda Mampu Faham separuh makna Al Quran
Kisah Di Sebalik Transformasi Al Quran
Assalamualaikum Ahli Quran
Saya Shahfizal, penulis buku Transformasi Al Quran. E-book Transformasi Al Quran ni hanya punya satu matlamat.
Memastikan setiap pembaca E-book TAQ faham sekurang-kurangnya separuh (50%) dari apa yang dibaca tanpa perlu merujuk terjemahan.
Semua ini mampu dicapai dalam masa 24 hari sahaja.
Ramai yang telah berjaya untuk faham Al Quran dengan teknik Transformasi Al Quran.
Tidak kira latar belakang dari suri rumah, warga pencen hingga ke pakar perubatan semua akui yang E=Book Transformasi Al Quran sangat
- Berkesan
- Mudah
- Cepat
- Praktikal
InsyaAllah kurang 1 bulan dari sakarang anda akan mampu faham lebih 50% Al Quran tanpa bantuan terjemahan.
Siapa Saya Nak Tulis Pasal Al Quran
Saya bukan pakar dalam bidang Agama tetapi saya adalah pengkaji Al Quran dari sudut bahasa.
Kepakaran saya dalam mengolah konsep yang rumit dalam bahasa yang mudah di faham.
Saya mencari satu kaedah yang membolehkan golongan professional memahami mesej Al Quran supaya boleh dijadikan panduan hidup.
Pengalaman saya dalam bidang penyelidikan dan kewartawanan saya gunakan untuk memasyarakatkan Al Quran dalam bahasa yang mudah di fahami. Sedikit pencapaian saya

Wartawan Terbaik
Pernah memenangi Anugerah Wartawan Terbaik semasa bertugas sebagai wartawan di Milenia Muslim. Hasil dari penulisan yang membongkarkan pemalsuan sijil halal.

Penulis Medikal dan Teknologi
Di ambil berkhidmat oleh UKM bagi menterjemahkan hasil kajian dan penemuan UKM dalam dalam bentuk penulisan yang boleh di fahami oleh masyarakat umum

Penyelidik di Badan Pemikir IDR
Pernah bertugas sebagai Penyelidik Kanan di Badan Pemikir Kerajaan Negeri. Telah berjaya menerbitkan beberapa penerbitan Ilmiah termasuk membukukan Siri Ceramah Shaykh Muhadith Muhammad An Ninowy.
Kenapa Saya Tulis E-Book Transformasi Al Quran
Sebagai wartawan dan Editor Majalah Muslim antarabangsa, saya telah menemuramah ramai orang Islam yang berjaya.
Tapi ada tiga orang yang saya tak boleh lupa.
Pencapaian mereka, agak menakjubkan tapi di gelapkan kerana mereka ini beragama Islam.
Setelah saya kaji, apakah sebab mereka ni boleh menjadi hebat sehingga mengubah dunia.
Hanya satu persamaan yang saya jumpa! Mereka semua FAHAM Al Quran dan dekat dengan Al Quran.
3 Orang Islam yang Hebat dan Faham Al Quran
Mereka ini semua FAHAM Al Quran dan ketika berbual dengan mereka kita boleh lihat dari percakapan mereka sumber rujukan mereka yang utama adalah Al Quran.
Inilah punca kehebatan mereka menjadikan Al Quran sebagai panduan hidup.

Bapa WiFi
Dr Hatim Zaghloul adalah pencipta teknologi WiFi yang kita semua gunakan dalam talipon bimbit kita. Banyak syarikat besar seperti Apple membayar ganti rugi kerana menggunakan teknologi beliau tanpa kebenaran

Bekas Tahanan Gitmo
Moazam Beg adalah seorang bekas tahanan Guantanamo. Hasil usaha beliau ramai tahanan Muslim di penjara Guantanomo bay telah di lepaskan. Beliau juga berjaya mengislamkan beberapa pegawai penjara di situ

Pinjaman Pelajar Halal
Mohammad Geraldez telah mengasaskan pinjaman pelajar halal di Amerika Syarikat. Beliau juga telah mengasaskan Tali leher yang tidak berasaskan sutera yang pertama di dunia yang dikenali sebagai Vegan Tie .
Apa Beza Transformasi Al Quran & Program lain?
Program Bahasa Arab yang di ajarkan oleh ustaz dan universiti memang terbaik, dia tersusun, dan komprehensif. Ia sangat sesuai untuk orang yang ada MASA dan ada DUIT atau pun BIASISWA.
Sebab ia perlukan komitmen masa, dan dedikasi berterusan. Tapi tak ramai yang punyai kemampuan dari segi masa dan duit,
Kebanyakan orang sibuk dengan tuntutan hidup dan kerja.
E-book Transformasi sesuai untuk orang yang sibuk dan duit pun tak berapa nak ada.
Hakikatnya kebanyakan daripada kita bertungkus lumus nak cari nafkah dan di bebani dengan pelbagai tuntutan.
Bukan semua yang mampu pergi ke Timur tengah dan belajar bahasa Al Quran selama 2 tahun.
Tetapi kita semua ada Al Quran.
Dan mampu meluangkan masa 15 minit sehari dengan Al Quran.
Dengan teknik Transformasi Al Quran hanya 15 minit sehari sudah cukup untuk kita fahami separuh dari pada perkataan dalam Al Quran.
THanya 15 minit sehari selama 24 hari anda dah boleh faham 50% Al Quran tanpa terjemahan.
Klik Sekarang Untuk Buat Pembelian
Rahsia Teknik Transformasi Al Quran
Program ini mudah, apa yang saya buat saya kumpulkan semua perkataan dalam Quran dan tengok berapa kali setiap perkataan tu muncul.
Dalam Quran ada lebih kurang 77439 perkataan. Banyak tu. tapi kebanyakan perkatan ni berulang-ulang. Jadi kita tak perlu nak tahu sampai semua perkataan.
Ada perkataan yang muncul, BERPULUH kali ada yang BERATUS kali dan ada juga perkataan yang muncul BERIBU kali.
Untuk faham 50% dari semua perkataan dalam Quran kita hanya perlu tahu 121 perkataan.
Kalau kita faham dan ingat 121 perkataan ini. InsyaAllah bila kita dengar atau baca Al Quran kita akan faham 30% hingga 70 % dari apa yang kita dengar atau baca.
Saya dah susun semua perkataan ni dalam bentuk E-book dan juga FAIL AUDIO, yang boleh di dengar pada bila-bila masa.
FAIL audio ni sangat membantu untuk orang yang tak boleh baca Al Quran.
InsyaAllah, kalau ikut cara yang diterangkan, secara automatik senarai 121 perkataan tu akan masuk ke ‘memori kekal’ jadi tak muda lupa.
Sama macam kita ingat NAMA, atau tarikh lahir kita.
Tapi mesti ikut cara yang diterangkan untuk pastikan dapat faham & ingat 50% Quran kurang dari 24 hari
KENAPA FAHAM 50% sahaja?
Ada dua sebab, kenapa saya pilih 50% sahaja dan bukan 70% atau 80%. Angka 50% adalah cut off point. Jika anda nak FAHAM 70% jumlah perkataan yang perlu diingat akan meningkat secara mendadak.
CUT OFF POINT (Titik sempadan)
Jika nak FAHAM 50% Al Quran anda hanya perlu tahu 121 perkataan. Tetapi jika anda ingin FAHAM 70% makna dalam Al Quran tanpa terjemahan anda perlu ingat 270 perkataan.
Ini tidak berbaloi adalah lebih mudah untuk anda belajar Ilmu tata bahasa ataupun SARAF Al Quran.
CURIOSITY DRIVE (Rasa Ingin Tahu)
Sebab kedua adalah CURIOSITY DRIVE. Apa tu? CURIOSITY DRIVE ni adalah rasa ingin tahu yang melonjak sehingga akan buat anda tak SENANG DUDUK selagi tidak memenuhi rasa ingin tahu anda.
Mungkin scenario ini boleh anda lebih faham tentang CURIOSITY DRIVE.
Bayangkan seorang isteri yang ‘innocent’ tak pandai pandu kereta dan tak tahu smartphone . Satu hari ketika hendak ketika hendak membasuh baju, dia terjumpa benda yang mencurigakan dalam poket suaminya.
Dua tiket pawagam dan resit makan malam tersimpan dalam poket baju suaminya.
Sebelum ini suami selalu balik lewat dengan alasan sibuk bekerja.
Dalam keadaan macamni, si isteri akan siasat walaupun dia jarang keluar rumah, tak reti bawak kereta.
Dia akan cari jalan untuk, ikut suami dia secara senyap untuk mendapat kepastian.
Dari tak pandai guna e-hailing akan automatic pandai.
Dari suri rumah dia akan bertukar menjadi detektif dalam sekelip mata. Ini semua kerana Curiosity Drive yang memaksa dia mencari jawapan.
Apa kaitan cerita ni dengan buku Transformasi Al Quran. Buku Transformasi Al Quran menggunakan konsep yang sama.
Angka 50% itu cukup anda faham secara umum. Akan datang keadaan anda boleh faham makna hampir keseluruhan ayat. Tetapi disebabkan oleh SATU perkataan dimana kefahaman anda terganggu
Bila keadaan ini berlaku ia akan mengaktifkan CURIOSITY DRIVE dalam diri anda. Anda tidak akan senang duduk selagi tidak dapat jawapan.
Masa itu anda akan sendiri cari ustaz, rujuk tafsir untuk menenangkan rasa ingin tahu anda.
Secara tak langsung, ia akan mencetus satu motivasi diri untuk mendalami Al Quran
Semua kerana sikap ingin tahu dalam diri yang telah melonjak.
FAHAM 9000 Perkataan Dalam 1 Minit
Ramai orang yang beli E book hanya simpan dalam Handphone atau laptop dia tak bacapun, Puncanya ialah pembaca tak nampak immediate benefit atau manfaat serta merta.
Masyarakat hari ini perlu instant gratification sebelum memberi komitmen.
Kajian menunjukkan kebanyakan orang akan putus asa bila mereka belajar sesuatu tanpa melihat hasil dalam masa 20 hari.
Tambah sekarang zaman TIK TOK yang telah menurunkan DAYA PERHATIAN dengan mendadak.
E-book Transformasi Al Quran mengambil kira fakta ini dan pastikan pada hari pertama anda akan dapat Faham 9000 perkataan yang muncul dalam Al Quran dengan serta merta, Ini untuk pastikan anda kekal Istiqomah selama 24 hari.
